Friday, February 25, 2011

BIASA YANG BISA



Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh kpd semua..
Apa khabar semua??apa khabar IMAN kita semua?? semoga dalam keadaan yang sentiasa dipelihara Allah seadanya..
Alhamdulillah, tatkala tugasan-tugasan yang diberikan semakin menimbun-nimbun, diberi juga kesempatan oleh Allah kepada saya untuk mengisi ruang di teratak ini walaupun sudah agak berhabuk dah teratak ni. Ha.. kepada sahabat-sahabat semua kesihatan diri hendaklah dijaga juga ye. Jangan sampai kuat sangat “berassignment” sampai makan dan tidur pun terabai.
Selain kesihatan fizikal, kesihatan rohani pun kena jaga juga tau. Janganlah membiarkannya sunyi daripada diisi dengan zikrullah, bacaan Al-Quran, ceramah-ceramah agama dan amalan-amalan sunat yang lain dalam sehari-hari kita menempuh kehidupan di dunia yang sementara ini. Amalan-amalan wajib macam solat fardhu yang lima wajib dilakukan dan jangan sesekali ditinggalkan pulak. =)
Okeylah, dikesempatan ini, saya nak berkongsi sebuah cerita pendek buat renungan dan pedoman kita bersama. Cuba fahami apa yang mahu disampaikan. Moga kebaikannya dapat kita ambil bersama. InsyaALLAH. ;)


...............................................................................................


Kelihatan seekor kala jengking berdiri di tebing sungai. Ingin menyeberang ke tebing sebelah sana. Lalu, ia meminta katak membawanya ke tebing seberang sana.
"Bagaimana aku yakin kau tidak akan menyengat aku?" Tanya katak.



"Kerana aku akan lemas kalau aku menyengat engkau," jawab kala jengking.
Ada benarnya kata-kata kala jengking itu, lalu katak membenarkan kala jengking memanjat ke belakangnya. Dan katak pun berenang.
Sampai di pertengahan sungai, kala jengking menyengat belakang si katak. Sebelum kedua-duanya lemas, sempat katak bertanya, "tapi kenapa?"
"Biasa lah," jawab kala jengking. Dan kedua-duanya mati lemas, di tengah sungai.

Biasa buat? Bisa buat?


Banyak benda biasa, yang mana bila kita biasakan, boleh menjadi bisa yang akhirnya membunuh diri kita. Ibnu Qayyim al-Jauziyah, Ibnu Rajab al-Hanbali dan Abu Hamid al-Ghazali dalam kitab mereka Tazkiyatun Nufuz wa Tarbiyatuha kama yuqarrirruhu Ulama As Salafmenuliskan terdapat empat racun hati yang paling biasa dilakukan, tetapi mempunyai kesan besar kepada hati, iaitu banyak berbicara, pemandangan yang tidak dijaga, terlalu banyak makan dan banyak bergaul dengan sembarangan orang.

Abu Hurairah berkata, hati adalah raja anggota tubuh. Dan anggota tubuh adalah para perajuritnya. Apabila raja baik, maka baik lah para perajuritnya. Dan apabila raja busuk, maka busuk lah para perajuritnya.

"Biasalah!"
Selalu kita dengar orang beralasan dengan alasan 'biasa' bila ditegur tentang sesuatu. "Biasalah. Doktor hisap rokok, ustaz-ustaz pun hisap rokok," itulah jawapan bila ditanya kenapa merokok.
"Alah, lewat sikit saja, bukan tak datang langsung pun. Biasalah, kita kan orang Melayu," respon bila digesa untuk tidak datang lewat.
Apa masalah sebenar?
Masalah doktor atau ustaz juga hisap rokok, atau masalah dilahirkan sebagai orang Melayu (baca: salah ibu mengandung)?
Atau ini sebenarnya masalah sikap?

Benar. Ini masalah sikap (attitude). Firman Allah dalam Surah Ar-Rad, ayat 11 yang bermaksud,"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka".

Ayat ini benar. Bila kita mengubah sikap kita terhadap masa, kerja, orang sekeliling, wang, ilmu dan sebagainya, kita sebenarnya sedang memperbaik kejayaan kita.
Tetapi, bolehkah kita mengubah sikap, tanpa terlebih dahulu menjaga hati kita?


Fikir dengan akal, tilik pakai hati.



sumber: ILUVISLAM

Thursday, November 4, 2010

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum kepada semua penjenguk...ya Allah..minta maaf sangat2 sbb dah lama sangat "dop care"(praktis untuk berdialek ganu neh..hehe) teratakku ini..huhu..x tahu la kenapa..no idea??no mood??hmmm..hanya IMAN yg mampu menjawabnye~

Di kesempatan mood exam masih ada ni, nk ucaplah kepada sahabat-sahabat yg sedang same2 berjuang untuk ujian DUNIA ni, selamat berimtihan yep!:)..semoga kejayaan yang diredhai-Nya bersama kita semua..YAKINLAH DENGAN ALLAH+BERUSAHA+TAWAKKAL ILLALLAH..insyaAllah kejayaan mengiringimu...(^-^)

Pejam celik.pejam celik.Alhamdulillah sampai sekarang masih diberi peluang oleh Allah untuk celik, sedar x sedar dah nak habis dah semester dua ijazah di IPG KDRI, Kuala Terengganu ni..hmmm..
cepatnye masa berlalu...satu-persatu persoalan yang menyesakkan datang.."Apa yang kau sepanjang sem dua ni ain??Berapa banyak masa yang kau habiskan bersama dengan Allah??berapa banyak tenaga yang kau gunakan untuk agama??Bagaimana kau gunakan masa lapang kau untuk beribadat kepada KEKASIH kau SATU??hanya hati yang penuh dengan IMAN yg mampu menjawabnya...
Ya Allah...x mampu diri ini untuk menjawab..MALU dengan diri sendiri...same2lah kita muhasabah diri dan tingkatkan diri dengan dekat dengan-Nya..insyaAllah Allah memberi jalan yang terbaik untuk menuju ke arah-Nya....mohonlah drp-Nya...


"Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja Kami memohon pertolongan" (surah Al-Fatihah,1:5)



Semoga hidayah Ad-Din yang diberi Allah ini berkekalan hingga akhirnya aku menemui-Nya.. semasa dalam proses pencarian mood mengemas teratak ni..tibe2 sy terjumpe satu artikel di I luv Islam yang tajuknye..”Insaf Sekejap”

Benarkah wujud istilah 'insaf sekejap'? Ya, ia wujud.
Ramai sahabat mengadu, bahawa mereka mengalami sindrom insaf sebentar. Diri ini juga tak terkecuali dari sindrom buruk ini..astaghfirullah..
Sebagai contoh yang paling dekat, yang biasa kita dengar , “selepas 10 minit dengar tazkirah, adelah rase insaf selepas itu, tapi lepas dah beberapa saat, (erk??xde la smp saat..kejap sgt tu..hehe) minit atau jam lepas tu rasa insaf itu hilang dan dia kembali kepada keadaan asal (lagho).
Di sini saya nak bawakan sebuah kisah mengenai Hanzalah.
Saya teringat sebuah hadis riwayat Muslim, berkenaan dengan seorang sahabat Rasulullah yang bernama Hanzalah bin Ar Rabi'.
Beliau telah bertemu dengan Abu Bakar r.a lalu dia berkata, 'Hanzalah telah munafik!'.
Abu Bakar terkejut lalu bertanya mengapa Hanzalah berkata begitu.
Lalu jawab Hanzalah, "Ketika berada bersama Rasulullah s.a.w, Baginda selalu mengingatkan tentang syurga dan neraka seolah-olah aku melihatnya, lalu ketika aku keluar dari hadapan Rasulullah, aku disibukkan oleh isteri, anak-anak dan mencari nafkah, maka aku menjadi lupa peringatan Baginda!
Abu Bakar terdiam lalu dia berkata, "Demi Allah, aku juga begitu". Lalu kedua sahabat itu sepakat mahu bertemu dengan Rasulullah untuk mengadu akan masalah ini.
Lalu Rasulullah bersabda, "Demi dzat yang jiwaku di tangan-Nya, andai kalian tetap seperti kalian di sisiku dan terus berzikir niscaya para malaikat akan menjabat tangan kalian, sedang kalian berada di atas tempat tidur dan di jalan raya. Akan tetapi wahai Hanzalah, ada waktumu (untuk beribadah) dan ada waktumu (untuk duniamu)"

Manusia Biasa
Kita manusia biasa. Iman kita yazid wa yanqus. Ia kadangkala naik, dan ia juga kadangkala turun.
Dalam mendefinasikan perkataan insaf, saya cenderung untuk menyatakan bahawa insaf itu ialah taubat kerana di dalam sebuah keinsafan, ada suatu elemen yang dipanggil 'kesal'.
Orang yang insaf ialah orang yang menyesal. Dia menyesal kerana mengerjakan perkara yang tidak sepatutnya dia kerja. Dan kesal ini adalah hakikat taubat!
Maka izinkan saya menggantikan perkataan insaf dengan perkataan taubat.




Taubat Yang Berulang
Dalam sebuah hadis yang panjang, Rasulullah bercerita perihal betapa besar dan luasnya pintu keampunan Allah.
Ada seorang hamba, dia melakukan dosa, lalu dia bertaubat.
Tidak lama, dia melakukan dosa lagi, dan kembali bertaubat. Berulang-ulang kali.
Lalu, sampai bila Allah mahu mengampunkan? Jawabnya ialah sampai hambanya jemu untuk memohon ampun!
Ya, Allah sama sekali tidak jemu untuk memberi ampun, tapi hanya manusialah yang jemu untuk bertaubat dan memohon ampun! Astaghfirullah..ampunilah daku…
Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Zumar : 53 ,
“Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai hambahambaKu Yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana Sesungguhnya Allah mengampunkan Segala dosa; Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”


Mahu Kekal
Setiap orang, tempoh 'sekejap' mereka adalah berbeza-beza.
Ada orang yang 'insaf sekejap'nya ialah beberapa hari dan ada juga yang 'insaf sekejap' nya cuma beberapa minit.
Antara lain adalah kerana faktor persekitaran yang sangat mempengaruhi. Jadi, bagaimana kita mahu memanfaatkan tempoh yang sebentar cuma ini?
Firman Allah dalam surah al-maidah ayat 39 yang bermaksud :
Maka sesiapa yang bertaubat sesudah ia melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri, sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sungguh, Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Setiap taubat harus diikuti dengan pembaikian diri, atau amal soleh.
Sebagai contoh, jika kita insaf kerana terbaca satu artikel yang sangat menyentuh hati dalam keadaan kita masih belum melaksanakan solat, maka segera menunaikan solat dan berdoalah supaya Allah mengurniakan kita keinsafan yang berpanjangan.
Ya, harus banyak berdoa!
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang Yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul” (surah al-Baqarah,2:186)





Kesimpulan
Insaf sementara adalah suatu yang sentiasa berlaku dan akan berterusan berlaku kepada kita. Cuma apa yang kita pastikan ialah kita gunakan tempoh yang singkat ini untuk kita lebih mendekati-Nya dan paling penting, kita perlu berusaha supaya 'sekejap' ini tidak akan selamanya sekejap.
Mudah-mudahan ia akan berpanjangan kelak.
“fikir-fikirkan,renung-renungkan dan berTINDAKlah!!”









Wednesday, March 17, 2010

testing2

KENAPALAH BOLEH JADI MACAM NI??

(Yang atas tu sebenarnya tajuknye..)

Intro yg tiada kaitan dgn tajuk >>>

Assalamualaikum kepada semua sahabat2.. sebelum tu, minta maaf byk2 sebab membiarkan teratak saya ni kosong tiada penghuni.. selagi sy mampu dan berkesempatan ( ni bkn janji ye, tp azam dan cita-cita) sy akan terus mengupdate teratak ni..doakan ye..=)
Realiti >>>
Kenapalah boleh jadi macam ni??” seringkali kita t’dgr, t’ungkapkn ayat ni atau yang seumpama dengannya, (cthny, “kenapa aku je yg kena?”, “kenapalah sanggup dia buat macam ni?”) bila kita dilanda sesuatu masalah, bila kita diuji sesuatu yang menyedihkan, yang mendatangkan kemusnahan.. Betul tak??( kalau salah, betulkan ye)
Manusia selalu mengeluh apabila diuji Allah dengan kesakitan, kegagalan, kekecewaan, kemiskinan dan kefaqiran. Tetapi manusia tidak pernah gelisah apabila diuji dengan kekayaan, kebahagiaan, kecukupan dalam kehidupan dan kemewahan. Sebenarnya pada hakikatnya kedua-duanya adalah ujian buat kita.. Itulah lumrah manusia..saya, anda dan kita semua.
Tetapi sebenanya, kita sepatutnya rasa bahagia apabila kita diuji dengan kesakitan, kegagalan, kekecewaan dan kemiskinan kerana sesungguhnya mereka di dalam golongan yang dikasihi oleh Allah. Sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w suatu ketika menangis apabila mereka tidak diuji oleh Allah, kerana takut mereka telah hilang kasih sayang Allah. Apabila kita diuji, itu menunjukkan Allah sentiasa ingatkan kita dan sayang pada kita..kerana daripada situlah Allah dapat menilai tahap keimanan hamba-hambaNya.. {lihat surah al-Ankabut ayat 2-3}

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;
"Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya
kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah
mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
( Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

Kekangan masa bagi meluangkan masa untuk meng”update” blog juga menjadi ujian buat diri saya. Betapa lemahnya diri, sehinggakan untuk mengemaskini akaun blog pon takde mase.. Astaghfirullahal a’zim...tetapi inilah hakikatnya.. Apabila kita diuji.. kadangkala.. Hati kita tertanya-tanya “Mengapakah Aku yang diuji?”
Maka cepat2lah kita mengingati firman Allah yang bermaksud:

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;
"Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya
kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah
mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
( Surah Al-Ankabut ayat 2-3)


Tetapi...apabila kita tidak mencapai sesuatu yang kita hajati..contohnya seperti situasi yg biasa kita dengar, “ kenapalah aku x kaya mcm dia?” kenapalah aku hidup macam ni??” kenapalah aku x dpt mcm tu??” Rupa-rupanya, kita lupa akan janji Allah dalam firman-Nya .. yang bermaksud :

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan
boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu,
Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah ayat 216 )


“ Aku hanya manusia biasa, yang lemah tiada daya..apalah yang ada padaku lagi...?? sudah tidak bermakna dan tiada gunanya hidup di dunia ini..”
Kadangkala, Kalimah itulah yang terbit daripada hati kita yang ketika itu sudah putus harapan.. rasa keseorangan.. tiada berteman.. hilang pedoman..
sedangkan kita alpa pada firman Allah yang bermaksud :

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati,
padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg
beriman." ( Surah Al-Imran ayat 139 )

Wahai diri dan sahabat2 sekalian..
Tika hati kita bermonolog “macam mane nak wat ni?? Ya Allah, serabutnya...” maka janganlah kita bimbang krn Allah sudah memberi jaminan :
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan
kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan
perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di
daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya,
kamu berjaya (mencapai kemenangan)." (Surah Al-Imran ayat 200)


"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan
mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat
kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" (Surah Al-Baqarah ayat 45)


uhh~~ckp mmglah senang..hanya orang yang tanggung yang rasa ape yang ditanggung..(mmglah..x kan orang lain yg minum air oren org lain plak yg rase oren..hehe gurau2 je ye) sy rasa dah xde siapa2 lagi..
Ops!!jika itulah yg kita terdetik, maka cpt2lah kita beristighfar..kerana.. ingatlah..
Sementara dirimu tercari-cari dahan untuk bergantung, seseorang untuk memperolehi kekuatan, Allah sudah berjanji bahawa Dia telah sedia untuk bersamamu .....:

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya
aku bertawakkal." (Surah At-Taubah ayat 129)


Dan apabila kau merasakan “aku dah tak mampu bertahan lagi !!!!!” tolonglah bawa aku lari dari dunia ini!!! Maka ingatlah firman Allah.........

"..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya
tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." (Surah Yusuf ayat 12)



Sesungguhnya..............
" Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka.. (Surah At-Taubah ayat 111)

Dan akhir sekali buat diri dn sahabat2 semua..
Jika kita menanggung seberat-berat masalah, sebesar-besar masalah, serumit-rumit masalah bagi kita..
ingatlah diriku, dirimu dan diri kita semua..
“ Allah tidak akan membebankan seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
(Surah Al-Baqarah ayat 286)


“ Ya Allah..... jika ujian ini untuk menguji keimananku, berilah aku kekuatan, keimanan dan ketaqwaan. Jika ujian ini untuk kaffarah dosa-dosaku, berilah aku kesabaran dan keredhaan daripada-Mu”

p/s :hanya coretan kosong..kalau ade salah dan silap harap dapat tegur..syukran..=)

Tuesday, June 2, 2009

YANG ZAHIR TIDAK SEMESTINYA SOHIH DAN TIDAK SEMESTINYA TIDAK SOHIH..

assalamualaikum..
setelah membaca tajuk bg post kali ini, ape yg tergambar di fikiran kalian??

erm..xpe2 jwpnnye biarlah kalian simpan di benak kalian ye...
sebenarnya, untuk post kali ini, saya ingin berkongsi dengan kalian semua berkenaan tanda-tanda penyakit yang kita dapat kesan melalui perubahan fizikal seseorang itu..
di sini saya selitkan sedikit keratan info tersebut:



BIBIR.
Menurut maklumat yang saya perolehi, bahagian bibir berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman. Jika seseorang itu :

1. Bibirnya pucat kerana:
• Sistem penghadaman yang lemah.
• Perut mengandungi angin.
• Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
2. Bibir kering dan pecah: Perut mengandungi banyak bahan toksin.

MULUT DAN LIDAH pula berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem Pengedaran darah.

Jika lidah atau gusi bengkak, sakit: Menunjukkan jantung mempunyai masalah seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser): Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
Mulut berbau busuk: Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.
TELINGA pula berkait rapat dengan buah pinggang.

Jika seseorang itu telinga terasa tersumbat mungkin Buah pinggangnya mengandungi toksin berlebihan.

Telinga berdengung: Sedang merawat buah pinggang yang lemah. Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.



Untuk menyingkap lebih info ini silalah jenguk ke >>>
http://soleh.net/2007/08/16/tanda-tanda-dan-penyakit/

ha..nak tau x,lepas sy da bce info ni kan, barulah tau, yg camne lah doktor boleh tau penyakit kita dengan hanye tgk muka kita o tanye kita bbrapa soalan tanpa check ape2...subhanallah...tu baru ilmu manusia...apatah lagi ilmu ALLAH..yg MAHA LUAS.. =)

semoga segala ilmu ALLAH ini dapat kita bersama-sama manfaatkan dan berkongsi dgn insan lain untuk mencari keredhaan-Nya..
INSYAALLAH..wallahu a'alam..
wassalam..

p/s: saya budak sedang belajar dulu,kini dan selamanya (insyaALLAH), silalah beri tunjuk dan ajar.
* camne nak letak link ek??da buat tp x jadi..(mohon bantuan)

"segalanya terselit hikmah drp yg ESA"

Friday, May 29, 2009

ada apa dgn niat??

Niat datangnya daripada hati,
niat datangnya bukan daripada lidah yg berdusta acap kali,
niat menjadi pembawa hala tuju qauli dan fi'li,
tetapi,
manusia yg punya hati,
seringkali hatinya goyah kerna hatinya tidak bertali,
kadangkala niat yg awalnya murni, dikotori dengan anasir2 keji.

mengapa ini berlaku wahai hati??
apakah tali itu wahai hati??
mengapa tali itu tidak terus mengikat hati ini??
mengapa mesti dimasuki musuh2 yg dengki ini??
mengapa tidak terus-terusan bersih tidak dikotori??

wahai hati,
sedarilah,ingatilah,
hanya IMAN dan TAQWA penentu segalanya,
menjadi pembimbing hati,
menjadi pemujuk hati di kala hati sering dikotori mahupun disinari,
menjadi penunjuk qauli dan fi'li,
menjadi penghulu diri,
menjadi pengawal peribadi.

jadi,
penuhilah, bajailah, suburkanlah hati ini,
dengan IMAN dan TAQWA kepada Illahi,
agar niat di hati tidak terpesong lari,
daripada untuk mendapat keredaan Illahi,
yang tulus dan murni kepada buruk dan keji.

" Hati yang baik itu tertanam dengan sifat-sifat mahmudah dan hati yang baik itu dikatakan pintu-pintu yang terbuka untuk ke syurga"
(surah al-Haj : 14)

Akhirnya, saya ingin mengingatkan diri ini dan semua,
semoga niat bagi segala perbuatan kita kerana untuk mendapat keredaan serta keberkatan daripada Illahi semata-mata walaupun seremeh-remeh perkara.ayuh! Sama-samalah kita Sentiasalah perbaharui NIAT kita.

p/s: saya bdk baru belajar, silalah beri tunjuk dan ajar..

akhir kalam, wallahu a'lam...

"segalanya terselit hikmah daripada yang ESA"

Buat pertama kalinya...

Bismillahirrahmanirrahim...
assalamualaikum..salam ukhuwah pembuka wadah..


alhamdulilah bersyukur ke hadrat Illahi, akhirnya diri ini di beri hidayah untuk meng"post" sesuatu di ruangan maya ini..semoga segala yg "diberi" dpt dimanfaat oleh yg memberi dan yg menerima..insyaALLAH..

Pertama sekali, terima kasih kpd k.anisah yg membantu sy untuk merealisasikn impian dn cita2 sy (kepingin banget utk ade blog sendiri...) dan yg tlh kenalkn kpd kami, adek2 usrahnya dlm dunia blog neh..byk bnde yg akk da ajar kpd kami..terima kasih byk2..
pesanan beliau, jadikanlah dunia blog ini sbg salah satu wasilah untuk kita melebarkan sayap meluaskn dakwah bg menyambung usaha kekasih Pecipta kita yakni Rasulullah s.a.w yg tercinta..
sjk itu, pelbagai perncgn yg dibuat dan keazaman yg ditnm dlm diri, tetapi..urm..insan ini hanye mampu merancang..DIA yg menetapkn dan sebaik-sebaik PERANCANG..

Tidak lupa juga kpd sahabat-sahabat usrah yg disayangi, tunjuk ajar dn segala perkongsian sepanjang kita bersama drp kalian tdk akn dilpekn selagi nyawa bersme jasad ini. terima kasih ntuk segalanya..sama2lah kita berganding tenaga,menggabung kudrat untuk melebarkn sayap dakwah seluas-seluasnya.. insyaALLAH

sebelum mengakhiri kalam ini, tahniah diiucapkan kepada sahabat2 semua terutamanya klasmate2 yg sdg rancak dn bergiat aktif dlm arena berdakwah di alam maya ini..truskanlah usaha murni dan tulus kalian itu sementara masa yg "terluang" masih bersama..marilah sama2 kita jauhi diri kita drpd tergolong dlm golongan org2 yg rugi. insyaALLAH..seperti mana firman ALLAH di dalam surah al-'Asr yg bermaksud :
1. Demi masa. 2. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
3. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.


waakhiran, ayuhlah sahabat2 semua marilah kita berganding usaha dan kudrat yg ade di kala jasad masih bernafas dan terdaya dgn izinNYA..gandakan semangat, tingkatkan keazaman dan teruskn usaha tanpa rase penat dan lelah dlm m'perjuang agama ALLAH ini..insyaALLAH..

p/s: sy budak baru belajar, silalah beri tunjuk dan ajar


insyaALLAH..
akhir kalam, wallahu a'lam..
maasslamah..
senyum selalu...
wassalam..
takbir!!!الله اكبر