Wednesday, March 17, 2010

testing2

KENAPALAH BOLEH JADI MACAM NI??

(Yang atas tu sebenarnya tajuknye..)

Intro yg tiada kaitan dgn tajuk >>>

Assalamualaikum kepada semua sahabat2.. sebelum tu, minta maaf byk2 sebab membiarkan teratak saya ni kosong tiada penghuni.. selagi sy mampu dan berkesempatan ( ni bkn janji ye, tp azam dan cita-cita) sy akan terus mengupdate teratak ni..doakan ye..=)
Realiti >>>
Kenapalah boleh jadi macam ni??” seringkali kita t’dgr, t’ungkapkn ayat ni atau yang seumpama dengannya, (cthny, “kenapa aku je yg kena?”, “kenapalah sanggup dia buat macam ni?”) bila kita dilanda sesuatu masalah, bila kita diuji sesuatu yang menyedihkan, yang mendatangkan kemusnahan.. Betul tak??( kalau salah, betulkan ye)
Manusia selalu mengeluh apabila diuji Allah dengan kesakitan, kegagalan, kekecewaan, kemiskinan dan kefaqiran. Tetapi manusia tidak pernah gelisah apabila diuji dengan kekayaan, kebahagiaan, kecukupan dalam kehidupan dan kemewahan. Sebenarnya pada hakikatnya kedua-duanya adalah ujian buat kita.. Itulah lumrah manusia..saya, anda dan kita semua.
Tetapi sebenanya, kita sepatutnya rasa bahagia apabila kita diuji dengan kesakitan, kegagalan, kekecewaan dan kemiskinan kerana sesungguhnya mereka di dalam golongan yang dikasihi oleh Allah. Sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w suatu ketika menangis apabila mereka tidak diuji oleh Allah, kerana takut mereka telah hilang kasih sayang Allah. Apabila kita diuji, itu menunjukkan Allah sentiasa ingatkan kita dan sayang pada kita..kerana daripada situlah Allah dapat menilai tahap keimanan hamba-hambaNya.. {lihat surah al-Ankabut ayat 2-3}

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;
"Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya
kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah
mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
( Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

Kekangan masa bagi meluangkan masa untuk meng”update” blog juga menjadi ujian buat diri saya. Betapa lemahnya diri, sehinggakan untuk mengemaskini akaun blog pon takde mase.. Astaghfirullahal a’zim...tetapi inilah hakikatnya.. Apabila kita diuji.. kadangkala.. Hati kita tertanya-tanya “Mengapakah Aku yang diuji?”
Maka cepat2lah kita mengingati firman Allah yang bermaksud:

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;
"Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya
kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah
mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
( Surah Al-Ankabut ayat 2-3)


Tetapi...apabila kita tidak mencapai sesuatu yang kita hajati..contohnya seperti situasi yg biasa kita dengar, “ kenapalah aku x kaya mcm dia?” kenapalah aku hidup macam ni??” kenapalah aku x dpt mcm tu??” Rupa-rupanya, kita lupa akan janji Allah dalam firman-Nya .. yang bermaksud :

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan
boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu,
Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah ayat 216 )


“ Aku hanya manusia biasa, yang lemah tiada daya..apalah yang ada padaku lagi...?? sudah tidak bermakna dan tiada gunanya hidup di dunia ini..”
Kadangkala, Kalimah itulah yang terbit daripada hati kita yang ketika itu sudah putus harapan.. rasa keseorangan.. tiada berteman.. hilang pedoman..
sedangkan kita alpa pada firman Allah yang bermaksud :

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati,
padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg
beriman." ( Surah Al-Imran ayat 139 )

Wahai diri dan sahabat2 sekalian..
Tika hati kita bermonolog “macam mane nak wat ni?? Ya Allah, serabutnya...” maka janganlah kita bimbang krn Allah sudah memberi jaminan :
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan
kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan
perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di
daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya,
kamu berjaya (mencapai kemenangan)." (Surah Al-Imran ayat 200)


"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan
mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat
kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" (Surah Al-Baqarah ayat 45)


uhh~~ckp mmglah senang..hanya orang yang tanggung yang rasa ape yang ditanggung..(mmglah..x kan orang lain yg minum air oren org lain plak yg rase oren..hehe gurau2 je ye) sy rasa dah xde siapa2 lagi..
Ops!!jika itulah yg kita terdetik, maka cpt2lah kita beristighfar..kerana.. ingatlah..
Sementara dirimu tercari-cari dahan untuk bergantung, seseorang untuk memperolehi kekuatan, Allah sudah berjanji bahawa Dia telah sedia untuk bersamamu .....:

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya
aku bertawakkal." (Surah At-Taubah ayat 129)


Dan apabila kau merasakan “aku dah tak mampu bertahan lagi !!!!!” tolonglah bawa aku lari dari dunia ini!!! Maka ingatlah firman Allah.........

"..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya
tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." (Surah Yusuf ayat 12)



Sesungguhnya..............
" Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka.. (Surah At-Taubah ayat 111)

Dan akhir sekali buat diri dn sahabat2 semua..
Jika kita menanggung seberat-berat masalah, sebesar-besar masalah, serumit-rumit masalah bagi kita..
ingatlah diriku, dirimu dan diri kita semua..
“ Allah tidak akan membebankan seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
(Surah Al-Baqarah ayat 286)


“ Ya Allah..... jika ujian ini untuk menguji keimananku, berilah aku kekuatan, keimanan dan ketaqwaan. Jika ujian ini untuk kaffarah dosa-dosaku, berilah aku kesabaran dan keredhaan daripada-Mu”

p/s :hanya coretan kosong..kalau ade salah dan silap harap dapat tegur..syukran..=)

1 comment:

  1. salam..
    bgus ain,entry yang menarik!!
    keep in blogging ye..
    hehe

    ReplyDelete