Tuesday, June 2, 2009

YANG ZAHIR TIDAK SEMESTINYA SOHIH DAN TIDAK SEMESTINYA TIDAK SOHIH..

assalamualaikum..
setelah membaca tajuk bg post kali ini, ape yg tergambar di fikiran kalian??

erm..xpe2 jwpnnye biarlah kalian simpan di benak kalian ye...
sebenarnya, untuk post kali ini, saya ingin berkongsi dengan kalian semua berkenaan tanda-tanda penyakit yang kita dapat kesan melalui perubahan fizikal seseorang itu..
di sini saya selitkan sedikit keratan info tersebut:



BIBIR.
Menurut maklumat yang saya perolehi, bahagian bibir berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman. Jika seseorang itu :

1. Bibirnya pucat kerana:
• Sistem penghadaman yang lemah.
• Perut mengandungi angin.
• Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
2. Bibir kering dan pecah: Perut mengandungi banyak bahan toksin.

MULUT DAN LIDAH pula berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem Pengedaran darah.

Jika lidah atau gusi bengkak, sakit: Menunjukkan jantung mempunyai masalah seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser): Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
Mulut berbau busuk: Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.
TELINGA pula berkait rapat dengan buah pinggang.

Jika seseorang itu telinga terasa tersumbat mungkin Buah pinggangnya mengandungi toksin berlebihan.

Telinga berdengung: Sedang merawat buah pinggang yang lemah. Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.



Untuk menyingkap lebih info ini silalah jenguk ke >>>
http://soleh.net/2007/08/16/tanda-tanda-dan-penyakit/

ha..nak tau x,lepas sy da bce info ni kan, barulah tau, yg camne lah doktor boleh tau penyakit kita dengan hanye tgk muka kita o tanye kita bbrapa soalan tanpa check ape2...subhanallah...tu baru ilmu manusia...apatah lagi ilmu ALLAH..yg MAHA LUAS.. =)

semoga segala ilmu ALLAH ini dapat kita bersama-sama manfaatkan dan berkongsi dgn insan lain untuk mencari keredhaan-Nya..
INSYAALLAH..wallahu a'alam..
wassalam..

p/s: saya budak sedang belajar dulu,kini dan selamanya (insyaALLAH), silalah beri tunjuk dan ajar.
* camne nak letak link ek??da buat tp x jadi..(mohon bantuan)

"segalanya terselit hikmah drp yg ESA"