Friday, May 29, 2009

ada apa dgn niat??

Niat datangnya daripada hati,
niat datangnya bukan daripada lidah yg berdusta acap kali,
niat menjadi pembawa hala tuju qauli dan fi'li,
tetapi,
manusia yg punya hati,
seringkali hatinya goyah kerna hatinya tidak bertali,
kadangkala niat yg awalnya murni, dikotori dengan anasir2 keji.

mengapa ini berlaku wahai hati??
apakah tali itu wahai hati??
mengapa tali itu tidak terus mengikat hati ini??
mengapa mesti dimasuki musuh2 yg dengki ini??
mengapa tidak terus-terusan bersih tidak dikotori??

wahai hati,
sedarilah,ingatilah,
hanya IMAN dan TAQWA penentu segalanya,
menjadi pembimbing hati,
menjadi pemujuk hati di kala hati sering dikotori mahupun disinari,
menjadi penunjuk qauli dan fi'li,
menjadi penghulu diri,
menjadi pengawal peribadi.

jadi,
penuhilah, bajailah, suburkanlah hati ini,
dengan IMAN dan TAQWA kepada Illahi,
agar niat di hati tidak terpesong lari,
daripada untuk mendapat keredaan Illahi,
yang tulus dan murni kepada buruk dan keji.

" Hati yang baik itu tertanam dengan sifat-sifat mahmudah dan hati yang baik itu dikatakan pintu-pintu yang terbuka untuk ke syurga"
(surah al-Haj : 14)

Akhirnya, saya ingin mengingatkan diri ini dan semua,
semoga niat bagi segala perbuatan kita kerana untuk mendapat keredaan serta keberkatan daripada Illahi semata-mata walaupun seremeh-remeh perkara.ayuh! Sama-samalah kita Sentiasalah perbaharui NIAT kita.

p/s: saya bdk baru belajar, silalah beri tunjuk dan ajar..

akhir kalam, wallahu a'lam...

"segalanya terselit hikmah daripada yang ESA"

3 comments:

  1. btul2 sgala2 bgntung pd niat
    dn niat itu plg tepat jika ditentukan oleh hati..
    tp klu kdg2 byk sgt niat,
    bcmpur niat baik dn bruk,
    cne ye ustzh??huhu

    ReplyDelete
  2. terima kasih ye komen..
    hehe
    erm??bercampur niat??
    mksdnye cam kte nak bnde elok tp gne care yg salah ke??
    cbe perjelaskan situasi cik permata..hehe

    ReplyDelete
  3. bkan..
    dlm 1kje yg kte nk bt,
    tp niat kte ada byk..
    byk aim kte dlm bt 1kje 2..
    byk sbb kte bt 1kje 2..
    byk niat dlm bt kje 2..
    dn antra byk2 niat 2,
    ada yg niat baik,
    dan ada yg niat bruk..
    emm, klu xphm gak,
    kte dscuss personal ye syg..=)

    ReplyDelete