Thursday, November 4, 2010

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum kepada semua penjenguk...ya Allah..minta maaf sangat2 sbb dah lama sangat "dop care"(praktis untuk berdialek ganu neh..hehe) teratakku ini..huhu..x tahu la kenapa..no idea??no mood??hmmm..hanya IMAN yg mampu menjawabnye~

Di kesempatan mood exam masih ada ni, nk ucaplah kepada sahabat-sahabat yg sedang same2 berjuang untuk ujian DUNIA ni, selamat berimtihan yep!:)..semoga kejayaan yang diredhai-Nya bersama kita semua..YAKINLAH DENGAN ALLAH+BERUSAHA+TAWAKKAL ILLALLAH..insyaAllah kejayaan mengiringimu...(^-^)

Pejam celik.pejam celik.Alhamdulillah sampai sekarang masih diberi peluang oleh Allah untuk celik, sedar x sedar dah nak habis dah semester dua ijazah di IPG KDRI, Kuala Terengganu ni..hmmm..
cepatnye masa berlalu...satu-persatu persoalan yang menyesakkan datang.."Apa yang kau sepanjang sem dua ni ain??Berapa banyak masa yang kau habiskan bersama dengan Allah??berapa banyak tenaga yang kau gunakan untuk agama??Bagaimana kau gunakan masa lapang kau untuk beribadat kepada KEKASIH kau SATU??hanya hati yang penuh dengan IMAN yg mampu menjawabnya...
Ya Allah...x mampu diri ini untuk menjawab..MALU dengan diri sendiri...same2lah kita muhasabah diri dan tingkatkan diri dengan dekat dengan-Nya..insyaAllah Allah memberi jalan yang terbaik untuk menuju ke arah-Nya....mohonlah drp-Nya...


"Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja Kami memohon pertolongan" (surah Al-Fatihah,1:5)



Semoga hidayah Ad-Din yang diberi Allah ini berkekalan hingga akhirnya aku menemui-Nya.. semasa dalam proses pencarian mood mengemas teratak ni..tibe2 sy terjumpe satu artikel di I luv Islam yang tajuknye..”Insaf Sekejap”

Benarkah wujud istilah 'insaf sekejap'? Ya, ia wujud.
Ramai sahabat mengadu, bahawa mereka mengalami sindrom insaf sebentar. Diri ini juga tak terkecuali dari sindrom buruk ini..astaghfirullah..
Sebagai contoh yang paling dekat, yang biasa kita dengar , “selepas 10 minit dengar tazkirah, adelah rase insaf selepas itu, tapi lepas dah beberapa saat, (erk??xde la smp saat..kejap sgt tu..hehe) minit atau jam lepas tu rasa insaf itu hilang dan dia kembali kepada keadaan asal (lagho).
Di sini saya nak bawakan sebuah kisah mengenai Hanzalah.
Saya teringat sebuah hadis riwayat Muslim, berkenaan dengan seorang sahabat Rasulullah yang bernama Hanzalah bin Ar Rabi'.
Beliau telah bertemu dengan Abu Bakar r.a lalu dia berkata, 'Hanzalah telah munafik!'.
Abu Bakar terkejut lalu bertanya mengapa Hanzalah berkata begitu.
Lalu jawab Hanzalah, "Ketika berada bersama Rasulullah s.a.w, Baginda selalu mengingatkan tentang syurga dan neraka seolah-olah aku melihatnya, lalu ketika aku keluar dari hadapan Rasulullah, aku disibukkan oleh isteri, anak-anak dan mencari nafkah, maka aku menjadi lupa peringatan Baginda!
Abu Bakar terdiam lalu dia berkata, "Demi Allah, aku juga begitu". Lalu kedua sahabat itu sepakat mahu bertemu dengan Rasulullah untuk mengadu akan masalah ini.
Lalu Rasulullah bersabda, "Demi dzat yang jiwaku di tangan-Nya, andai kalian tetap seperti kalian di sisiku dan terus berzikir niscaya para malaikat akan menjabat tangan kalian, sedang kalian berada di atas tempat tidur dan di jalan raya. Akan tetapi wahai Hanzalah, ada waktumu (untuk beribadah) dan ada waktumu (untuk duniamu)"

Manusia Biasa
Kita manusia biasa. Iman kita yazid wa yanqus. Ia kadangkala naik, dan ia juga kadangkala turun.
Dalam mendefinasikan perkataan insaf, saya cenderung untuk menyatakan bahawa insaf itu ialah taubat kerana di dalam sebuah keinsafan, ada suatu elemen yang dipanggil 'kesal'.
Orang yang insaf ialah orang yang menyesal. Dia menyesal kerana mengerjakan perkara yang tidak sepatutnya dia kerja. Dan kesal ini adalah hakikat taubat!
Maka izinkan saya menggantikan perkataan insaf dengan perkataan taubat.




Taubat Yang Berulang
Dalam sebuah hadis yang panjang, Rasulullah bercerita perihal betapa besar dan luasnya pintu keampunan Allah.
Ada seorang hamba, dia melakukan dosa, lalu dia bertaubat.
Tidak lama, dia melakukan dosa lagi, dan kembali bertaubat. Berulang-ulang kali.
Lalu, sampai bila Allah mahu mengampunkan? Jawabnya ialah sampai hambanya jemu untuk memohon ampun!
Ya, Allah sama sekali tidak jemu untuk memberi ampun, tapi hanya manusialah yang jemu untuk bertaubat dan memohon ampun! Astaghfirullah..ampunilah daku…
Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Zumar : 53 ,
“Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai hambahambaKu Yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana Sesungguhnya Allah mengampunkan Segala dosa; Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”


Mahu Kekal
Setiap orang, tempoh 'sekejap' mereka adalah berbeza-beza.
Ada orang yang 'insaf sekejap'nya ialah beberapa hari dan ada juga yang 'insaf sekejap' nya cuma beberapa minit.
Antara lain adalah kerana faktor persekitaran yang sangat mempengaruhi. Jadi, bagaimana kita mahu memanfaatkan tempoh yang sebentar cuma ini?
Firman Allah dalam surah al-maidah ayat 39 yang bermaksud :
Maka sesiapa yang bertaubat sesudah ia melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri, sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sungguh, Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Setiap taubat harus diikuti dengan pembaikian diri, atau amal soleh.
Sebagai contoh, jika kita insaf kerana terbaca satu artikel yang sangat menyentuh hati dalam keadaan kita masih belum melaksanakan solat, maka segera menunaikan solat dan berdoalah supaya Allah mengurniakan kita keinsafan yang berpanjangan.
Ya, harus banyak berdoa!
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang Yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul” (surah al-Baqarah,2:186)





Kesimpulan
Insaf sementara adalah suatu yang sentiasa berlaku dan akan berterusan berlaku kepada kita. Cuma apa yang kita pastikan ialah kita gunakan tempoh yang singkat ini untuk kita lebih mendekati-Nya dan paling penting, kita perlu berusaha supaya 'sekejap' ini tidak akan selamanya sekejap.
Mudah-mudahan ia akan berpanjangan kelak.
“fikir-fikirkan,renung-renungkan dan berTINDAKlah!!”